Thursday, March 26, 2009

Pendahuluan

Seperti hidup manusia pasti ada yang hidup dan pasti ada yang akan kembali. Seperti itu juga dengan karangan atau seperti puisi dan lagu pasti dimulakan dengan pendahuluan atau pembuka kata dan disudahi dengan penutup.

Setelah lama teringin sekali menulis blog,akhirnya tercapai juga. Iya,this is my first blog which is dulu pernah ada juga blog tapi sudah lama tidak diaktifkan. This blog will be my platform to share and to tell you anything or everything about my life, both sadness and happiness.

Owh,hampir lupa nak kenalkan diri, ceh macam lebih kurang kenalkan diri mula-mula masuk kelas darjah satu, masuk kelas kena berdiri and you have to introduce your name. Sebenarnya, kalau nak cerita pasal biodata ni panjang, mungkin semua boleh tahu lebih panjang bila membaca blog ini. And as u guys know my name is Nur Syuhadah Binti Zaini. Please pronounce it correctly. Syuhadah or syusyu is better. =)

Sekarang saya sedang mengabiskan Diploma Pengurusan Maklumat di salah sebuah Universiti hampir semua rakyat Malaysia tahu tentangnya iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM). Nama pun "Pengurusan Maklumat", mestilah semuanya melibatkan pengurusan yang menguruskan apa jenis maklumat. APA JENIS MAKLUMAT YE.. Jadi jangan keliru pula apa itu maklumat. Sudah semestinya maklumat itu merangkumi pelbagai jenis maklumat mahupun berlisan ataupun tak berlisan.

Masa bergerak dengan begitu pantas, sekarang saya sudah hampir menamatkan pengajian saya sebagai mahasiswa di UiTM cawangan Johor. Pelbagai suka dan duka ditempuh mahupun terpaksa ditempuh. Banyak oo pengalaman, kenangan bersama kawan-kawan, room mates, pensyarah, mak cik cleaner dan juga pak cik dan mak cik dan kakak guard. Ingat lagi sampai tak tidur malam mengabiskan assignments yang harus disubmit pada keesokkan harinya.

Kini, saya sedang menghampiri detik-detik yang kritikal dimana assignments yang menimbun-nimbun, test yang bersusun-susun, final project
presentation yang menanti-nanti dan peperiksaan akhir bagi semesta akhir yang melambai-lambai. Adoy, terasa berat betul nak mengangkat beban yang terbeban dibahu ni. Kepada semua, yang pernah mengalami ataupun yang sedang mengalami sama-sama lah kita tangisinya bersama. Sampai tak tidur malam oo fikir semua ni.

**Pujian istimewa kepada ibu ayah, kawan-kawan, kawan sebilik, pensyarah yang banyak membantu, tunjuk ajar dan perhatian anda mahupun diluar dan didalam sekali pun amatlah disayangi dan sangat berterima kasih sehingga tidak mungkin dapat dibalas oleh kedua-dua belah tapak tangan ini. =)))


No comments:

Post a Comment