Sunday, July 19, 2009

MODUL LDK PART 3

For two days Saturday and Sunday, basically for all students part 3 and STPM have to attend the LDK. So, usually benda alah ni memang la membosankan sebabnya dari zaman diploma kena participate. Hendak tak nak kena pergi gak. Nasib baik mempunyai kawan-kawan yang best, depa suma bagi aku tumpang rumah dorang tidur sehari semalam. The first day on saturday, cam biasa kenal diri which aku memang paling tak suka nak buat. HAHAHA Bukan apa boring asyik nak kenal diri je. First-first masuk class pun kena berucap gak.

Hari pertama kami dikehendaki datang pada pukul 1petang. Ngantuk Tuhan saja yang tahu. Bermula dengan penceramah yang pertama tentang Study Skill. Agak membantu aku dari pelbagai sudut dan aspek bagaimana seorang pelajar itu mahu berjaya dalam keputasannya.
Study Skill consist of:
a) Time Management
b) Planning and goal setting.
c) Organizing and concerntration.
d) Learning technique
e) Assesment and examination.

Jadi, penceramah tu pun bercakap-cakap la bagaimana kita perlu ada TARGET. Pasang TARGET kita. Start buat time-table, notes, and also must be an active learner. Bla..Bla..
Yang aku paling ingat, aku banyak je gelak sebab memang kelakar. HAHAHA Sampai dia start cerita hantu kat sume students dalam class tu. Hang pa semua nak tahu apa cerita hantu nya???

Memandangkan aku ni baru je student baru kat Puncak Perdana tu. Macam-macam aku dengar kat tempat tu. Itu dan ini. So, cerita seram tu macam ni la lecturer tu cite.
Sewaktu dia sedang mengajar student PHD ke MASTER. Ada student excuse nak ke tandas. So student tu pun pergi la ke tandas. Balik-balik je dari tandas lecturer ni (lecturer ni USTAZ) tengok student tu da mata merah-merah, macam baru lepas menangis dan macam nampak apa je student tu. Jadi lecturer tu pun bertanya:

Lecturer: Nape dgn awk ni?? Ape da jadi?
Student: Masa saya kat toilet, saya keluar je dari toilet tiba-tiba saya nampak ade makhluk berambut panjang berbaju putih semua kuar dari tandas yang saya masuk tadi.
Lecturer: YA ALLAH

*Begitu la lebih kurang ceritanya. Dan dan kami dalam class tu muka semua cuak,seram pun ada. Lagi satu aku ada satu lagi cerita yang mana aku alami siang tadi waktu nak gi tandas dengan Mai (classmate aku merangkap housemate aku yang aku tumpang rumahnya). Nanti aku cerita kat hang pa sume. RELAX YA.

Ini la housemate yang aku selalu tumpang. Kan betul aku kate memang comel, tomel lagi gomel. Gambar diatas semasa didalam class mendengar ceramah =))

Untuk kari kedua iaitu hari ahad, kami diwajibkan datang tepat pada pukul 8pagi. Dimulakan dengan sarapan pagi. Sudah itu, kami diagih-agihkan kelas, dan aku masuk kelas BK59 bersama-sama dengan housemates. Seperti biasa kenalkan diri memang aku paling suka. Aku rasa hang pa pun da tahu. HAHAHA =)

Da sudah tu bermulalah dengan aktiviti-aktiviti yang mereka da susun untuk kami. Bermula dengan aktiviti telepon rosak. HAHA Ini memang tak boleh nak tahan sebab ayat mula nya memang lah banyak huruf-huruf J. Panjang gila. Yang paling aku ingat "Joyah jalan-jalan dekat Jelutung, Jumpa Jamal Jolok Jambu, Jonet kata Jamal Jolok Jambu, Jamal suruh Joyah Jilat Jeli Jolok Jambu". HAHAHAHA Tak macam satu class salah cakap. Ikutkan ayat dia memang panjang lagi. Last-last budak-budak ni kata Jamal Jolok Joyah atas Jalan Jilat Jeli. HAHAHAHAHAHAHA SABAAR JELA!!!

Sudah itu mereka suruh kami buat kerja dalam kumpulan pula dimana kami kena muatkan semua ahli kumpulan kami dalam satu kertas A4. Jadi,kena la fikir macam mana nak muatkan ahli kumpulan yang 10orang ni muat dalam satu kertas. Jadi kami pun koyak kertas itu bentuk memanjang untuk jadikan bulatan agar semua ahli kumpulan boleh masuk dalam kertas itu. Aktiviti ini memang best la aku pun baru first time buat. Seronok gila sebab dia menguji kami bagaimana nak team-work dalam kumpulan. So aku tinggal kan korang dengan gambar-gambar dimana kami kena muatkan semua ahli kumpulan dalam satu bulatan kertas A4.

Dan gambar yang atas adalah kertas mahjung dimana kami kena mereka University kami sendiri. Jadi kami namakan University kami University of Wonderpet by Wonderten!!!! =*)










5 comments:

  1. hai syg...
    dah buat blog..wah!!! nanti kak echa akan selalu terusin membacanya yah!!

    gud luck k...

    ReplyDelete
  2. salam..nk tanya.mcm ne buat aktiviti yg kertas A4 tu eik??blh x cter dgn lebih detail cara nak koyakkan kertas 2 sampai kita boleh masuk kt dalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol tu, boleh tak cite camner nak koyak kertas a4 tu? Perkongsian anda dihargai...TQ

      Delete
  3. Saya pernah buat.
    1. Lipat A4 kpd 8.
    2. Gunting selang seli tanpa putuskn.
    3. Step berikut yg dah lupa .mohon teruakn

    ReplyDelete
    Replies
    1. xperlu lipat 8 pun da ok, dan x perlu gunting, yang perlu hanya kertas dan pemikiran yang mendalam.,

      lipat kpd 2 bahagian, koyakkan berselang seli, bila da habis koyakkan di bahagian tgh shja, jadilah stu bulatan besar.

      Delete